Exco Selangor failkan laporan polis terhadap Bloggers

Exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu Tian Kiew memfailkan laporan polis terhadap satu laman blog yang mendakwa mereka memaksa mendiang Teoh Beng Hock melakukan jenayah.

Bercakap kepada media di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Ean Yong yang juga majikan kepada mendiang meminta orang-ramai untuk tidak mempercayai blog itu kerana maklumat yang disediakan adalah salah dan boleh mengelirukan.

"Laman web yang tidak bertanggungjawab itu cuba dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock dengan tekanan yang diberi oleh saya dan Ronnie Liu, untuk memaksa beliau menjalankan aktiviti- aktiviti yang menyalahi undang- undang. Ini semua adalah tidak benar kerana Teoh Beng Hock tidak pernah bekerja dibawah Ronnie Liu dan Teoh juga tidak terlibat dalam hal ehwal peruntukan DUN sungai Pelek," ujar Ean Yong. Selanjutnya di link ini...

Pandangan: Bloggers Pro Pembangkang lagi banyak menaburkan fitnah, tiada pun kerajaan menggenakan sebarang tindakan terhadap beruk-beruk suruhan mereka? Bila mereka "pakatan rakyat" dicuit sikit terus melenting, terkinja-kinja macam kera kena belacan.

Umpama perbuatan mereka tidak boleh ditegur, hanya mereka yang layak menegur perbuatan orang lain. laporlah, mana kata-kata pakatan rakyat yang tidak percaya pada institusi polis? balik-balik polis juga yang diharapkan oleh mereka. cakap tak serupa bikin langsung.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin